Ini adalah watak dan perwatakan saya iaitu "Bossy Person". "Bossy Person" ialah watak yang suka memberi arahan kepada orang lain. Saya amat suka dengan watak ini kerana watak ini mudah untuk saya bawa dan banyak idea yang saya dapat untuk saya berlakon dalam watak ini.
Selain itu, kami juga diberi beberapa minit untuk memikirkan idea dan diberi 1 minit untuk berlakon dalam watak yang kami dapat. Dalam video ini saya berada di dalam situasi pejabat di mana ketika itu saya sedang membuat kerja.Semasa saya membuat kerja tiba tiba bos saya hubungi saya untuk menggantikan tempatnya untuk sementara waktu sahaja. Jadi saya telah menyalah gunakan kuasa saya dan saya juga telah menganggap diri saya sebagai bos lalu saya dengan secara suka hati saya memberi arahan kepada sesiapa sahaja yang saya mahukan.
Jadi, kelas pada hari tersebut saya telah belajar sesuatu perkara iaitu banyak watak dan perwatakan manusia di dalam dunia ini sama ada sebagai seorang boss, seorang yang hebat, seorang yang pemalu dan banyak lagi.

No comments:
Post a Comment