Watak yang saya dapat ialah watak "expert". Watak "expert" ini ialah watak yang boleh bercakap sesuatu perkara itu dengan bijak dan tahu banyak perkara. Selain itu, saya juga berkumpulan dengan 2 orang rakan saya iaitu Awang Nurakmal sebagai "Perfectionist" dan Luqman Nurhakim sebagai "Contrary person". Pada kali ini saya kurang dapat menunjukkan bakat dan menghidupkan watak saya kerana mempunyai masalah kekangan masa dan ahli kumpulan yang ramai sebanyak 3 orang termasuk saya.
Jadi, situasi yang kami pilih ialah"A teacher and a student". Dalam situasi ini kami berada di dalam sebuah class di mana Awang Nurakmal menjadi seorang guru. Saya dan Luqman Nurhakim menjadi seorang pelajar. Awang seperti biasa sebagai seorang guru dia menanyakan beberapa soalan dan saya menjawab kerana saya tahu semua perkara. Manakala Luqman Nurhakim membangkang jawapan saya sedangkan dia tidak tahu satu apa pun. Jadi Awang sebagai seorang guru yang "Perfectionist" dia memarahi Luqman Nurhakim. Untuk menjelaskan situasi tersebut saya telah memuat naik video yang kami lakonkan pada hari tersebut. Walaupun kami menghadapi kekangan masa tetapi kami cuba untuk menjayakannya.

No comments:
Post a Comment