29 September 2017
Pada hari khamis 29 September 2017 kami menghadiri satu kelas iaitu "Mechanic of Motion" yang dikendalikan oleh pensyarah kami yang begitu tampan dan berbadan sasa, Encik Ezwan Mokhtar selama 3 jam. Selama kami berada di dalam kelas ini Encik Ezwan telah membuat dua aktiviti iaitu yang pertama sekali ialah "Coil of Rope" dan kedua ialah "Miming.
Aktiviti yang pertama sekali ialah "Coil of Rope". Aktiviti ini tidak memerlukan tali kapal, tali rafia, tali pancing dan lain lain. Aktiviti ini hanya memerlukan ahli kumpulan yang terdiri daripada 8 orang. Seramai 8 orang dalam sebuah ahli kumpulan kami diarahkan oleh Encik Ezwan untuk membuat bulatan yang sempurna dan kami juga perlu bayangkan yang kami sedang berada di atas tali yang begitu kukuh. Sambil berdiri di atas tali kami perlu menukarkan posisi tempat kami mengikut nama secara pantas. Masa yang ditetapkan ialah selama 2 minit sahaja. Untuk menjayakan aktiviti ini kami perlu bekerjasama supaya tidak seorang pun diantara kami yang jatuh dari tali tersebut. Aktiviti amatlah seronok kerana daripada aktiviti ini kami telah mendapat sesuatu iaitu nilai antaranya ialah kerjasama antara ahli, berfikiran secara pantas, bertolak ansur antara satu sama lain, sentiasa mengikut arahan dan banyak lagi. Aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kami.
Selain itu, aktiviti yang kedua ialah "miming". Aktiviti ini pula kami diarahkan oleh pensyarah kami iaitu Encik Ezwan Mokhtar untuk mencari satu barang luar daripada kelas. Masa yang ditetapkan untuk mencari barang ialah 1 minit. Barang yang saya ambil ialah file. Ada diantara kami yang mengambil tayar, payung, tikar dan sebagainya. Selepas kami selesai mengambil barang kamipun masuk ke kelas. Kemudian, kami diarahkan untuk mencari pasangan untuk membuat satu lakonan tanpa dialog. Kami diberikan masa selama dua minit. Pasangan saya ialah Amirul. Pada mulanya kami tidak mempunyai idea kerana ini merupakan pengalaman kami untuk pertama kalinya dalam bidang perlakonan di hadapan khalayak ramai walaupun kelas kami takdelah begitu ramai. Tanpa membuang masa pembaca saya ingin menceritakan idea saya dan Amirul untuk ktiviti ini.
Untuk aktiviti ini saya merupakan orang awam yang berpangkat yang sedang berteduh di perhentian bas. Pada ketika itu, Amirul sebagai seorang perempuan yang berupa cantik dan mempunyai bentuk badan yang begitu menawan datang berlari sambil membawa payungnya yang berwarna warni berteduh di perhentian bas itu. Ketika itu saya memerhati Amirul. Amirul pun perasanlah saya sedang memerhatinya dan Amirul pun malu sehinggakan barangnya terjatuh ke lantai. Dan di situ jugalah cinta antara mereka mula berputik. Untuk lebih menarik lagi saya telah mengupload sebuah video dan boleh lihatnya di bawah.
Daripada aktiviti ini saya telah mendapat sesuatu iaitu kita mestilah berani dan yakin dalam melakukan sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment