Pada minggu ketiga, saya
menghadiri kelas Encik Ezwan. Aktiviti pada minggu ini tidak sama seperti
aktiviti pada minggu yang lepas. Topik kelas pada kali ini ialah "Be
There". Encik Enzwan mengatakan bahawa terdapat 3 aktiviti yang harus kami
lakukan di dalam kelas iaitu "What Animal That I Want To
Be","Minimal Words Of Acting" dan aktiviti yang terakhir
"Create Environment Using Our Own Voice".
Aktiviti pertama yang kami harus
lakukan ialah "Be There. Pada permulaan aktiviti ini Encik Ezwan menyuruh
kami untuk duduk dalam satu bentuk bulatan besar. Kemudian, Encik Ezwan memberi masa
selama 4 minit untuk kami pilih binatang apa yang kami suka. Pada mulanya saya
ingin menjadi seekor semut kerana semut merupakan binatang rajin dan
bekerjasama dalam sepasukan. Namun fikiran saya telah berubah kerana kawan saya
juga memilih semut. Namun, pada waktu itu juga saya teringatkan burung hantu
dari sebuah yang bernama "harry potter" dan saya pun memilih untuk
menjadi seekor burung hantu. Saya ingin menjadi seekor burung hantu kerana
burung hantu mempunyai perwatakan yang menarik. Burung hantu sangat aktif lebih
lebih lagi pada waktu malam. Walaupun burung hantu nampak seperti diam namun
dia mempunyai pendengaran dan penglihatan yang begitu jelas pada waktu malam. Burung
hantu tidur pada waktu siang. Ia juga amat pantas apabila hendak menangkap
mangsanya.
Selain itu, aktiviti yang kedua
ialah "Minimal Words Of Acting". Akiviti ini Encik Ezwan menyuruh
kami untuk mencari pasangan untuk berlakon tanpa menggunakan dialog. Kami
diberi situasi iaitu berjumpa dengan orang yang kami tidak kenali. Kami juga
diberi masa selama 4 minit untuk mencari idea tentang situasi tersebut. Pasangan yang saya pilih
untuk berlakon ialah Aizat Fadzil. Situasi yang kami lakonkan ialah seorang
pemuda iaitu Aizat telah sesat di stesen kereta api. Ketika dia sesat dia telah
berjumpa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali yang mempunyai paras rupa
yang kacak iaitu saya untuk bertanyakan situasi yang aizat hendak pergi.
Walaupun cerita ini sangat ringkas namun
ia mempunyai makna kerana semua orang pernah lalui situasi ini. Apa yang saya
dapat daripada aktiviti ini ialah jika kita tidak tahu sesuatu perkara kita
hendaklah bertanya. "Malu bertanya sesat jalan".
Aktiviti yang terakhir ialah
"Create Environment Using Our Own Voice". Aktiviti ini kami diarahkan
untuk membentuk satu kumpulan seramai 9 orang untuk membuat satu lakonan
menggunakan suara yang unik daripada mulut kita sendiri. Jadi, kami sekumpulan
telah membuat satu lakonan suara di mana situasi tersebut terdapat dua pasangan
pelawat iaitu saya dan Awang datang melawat zoo. Walaupun aktiviti ini
menggunakan banyak tenaga tetapi ia amat menyeronokkan kerana aktiviti ini
memerlukan kerjasama antara sepasukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti
tersebut.
No comments:
Post a Comment