Thursday, 26 October 2017

DIGITAL INK AND PAINT FFA 233 (THIRD ASSIGNMENT)



THIRD ASSIGNMENT

For this assignment we need to choose an image and trace it. So, for this assignment i have made it along my holiday. It's very hard to copy it and detail it. Sometimes i feel boring because i always see the same photo and my artwork not done yet. But that is not a reason for me to giveup. I need to finish it and finally i done it. Here my progress and my special artwork :
ORIGINAL PHOTO



PROGRESS





















FINAL




DIGITAL INK AND PAINT FFA233 (SECOND ASSIGNMENT)


DIGITAL INK AND PAINT
FFA233

SECOND ASSIGNMENT | MONKEY TRACING

PROGRESS
For this assignment I need to learn how to use Adobe Illustrator and trace an image monkey. So, here the progress








FINAL


From this assignment this is the first time i use Adobe Illustrator and in this class i've learn how to use Adobe illustrator and trace an image using easy way.

Saturday, 21 October 2017

MECHANIC OF MOTION ( WEEK 3 )

Pada minggu ketiga, saya menghadiri kelas Encik Ezwan. Aktiviti pada minggu ini tidak sama seperti aktiviti pada minggu yang lepas. Topik kelas pada kali ini ialah "Be There". Encik Enzwan mengatakan bahawa terdapat 3 aktiviti yang harus kami lakukan di dalam kelas iaitu "What Animal That I Want To Be","Minimal Words Of Acting" dan aktiviti yang terakhir "Create Environment Using Our Own Voice".

Aktiviti pertama yang kami harus lakukan ialah "Be There. Pada permulaan aktiviti ini Encik Ezwan menyuruh kami untuk duduk dalam satu bentuk bulatan besar. Kemudian, Encik Ezwan memberi masa selama 4 minit untuk kami pilih binatang apa yang kami suka. Pada mulanya saya ingin menjadi seekor semut kerana semut merupakan binatang rajin dan bekerjasama dalam sepasukan. Namun fikiran saya telah berubah kerana kawan saya juga memilih semut. Namun, pada waktu itu juga saya teringatkan burung hantu dari sebuah yang bernama "harry potter" dan saya pun memilih untuk menjadi seekor burung hantu. Saya ingin menjadi seekor burung hantu kerana burung hantu mempunyai perwatakan yang menarik. Burung hantu sangat aktif lebih lebih lagi pada waktu malam. Walaupun burung hantu nampak seperti diam namun dia mempunyai pendengaran dan penglihatan yang begitu jelas pada waktu malam. Burung hantu tidur pada waktu siang. Ia juga amat pantas apabila hendak menangkap mangsanya.


Selain itu, aktiviti yang kedua ialah "Minimal Words Of Acting". Akiviti ini Encik Ezwan menyuruh kami untuk mencari pasangan untuk berlakon tanpa menggunakan dialog. Kami diberi situasi iaitu berjumpa dengan orang yang kami tidak kenali. Kami juga diberi masa selama 4 minit untuk mencari idea tentang  situasi tersebut. Pasangan yang saya pilih untuk berlakon ialah Aizat Fadzil. Situasi yang kami lakonkan ialah seorang pemuda iaitu Aizat telah sesat di stesen kereta api. Ketika dia sesat dia telah berjumpa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali yang mempunyai paras rupa yang kacak iaitu saya untuk bertanyakan situasi yang aizat hendak pergi. Walaupun  cerita ini sangat ringkas namun ia mempunyai makna kerana semua orang pernah lalui situasi ini. Apa yang saya dapat daripada aktiviti ini ialah jika kita tidak tahu sesuatu perkara kita hendaklah bertanya. "Malu bertanya sesat jalan".




Aktiviti yang terakhir ialah "Create Environment Using Our Own Voice". Aktiviti ini kami diarahkan untuk membentuk satu kumpulan seramai 9 orang untuk membuat satu lakonan menggunakan suara yang unik daripada mulut kita sendiri. Jadi, kami sekumpulan telah membuat satu lakonan suara di mana situasi tersebut terdapat dua pasangan pelawat iaitu saya dan Awang datang melawat zoo. Walaupun aktiviti ini menggunakan banyak tenaga tetapi ia amat menyeronokkan kerana aktiviti ini memerlukan kerjasama antara sepasukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti tersebut.


Thursday, 5 October 2017

DIGITAL INK & PAINT (FFA 223)


DIGITAL INK AND PAINT : CREATIVE COLOR WHEEL (WEEK 1)

For my first class, i had given an assigment from my lecturer which is i need to create my own style colorwheel. So this is my progress and final progress :


REFERENCES :









SKETCH :



STEP :



ROUGH SKETCH BRUSH TOOL SIZE : 7


SKETCH BRUSH TOOL SIZE : 7


COLOR HAIR USING BRUSH TOOL 
SIZE : 47


ADD LEAF USING BRUSH TOOL
&
LINE USING LINE TOOL


COLOR LEAF USING BRUSH TOOL
SIZE : 28


ARRANGE LEAF USING MY IMAGINATION
&
ADD BACKGROUND


FINAL :



From this assignment i can create my own style artwork using a colorwheel  and my creativity
THANK YOU!




MECHANICS OF MOTION


29 September 2017     

    
     Pada hari khamis 29 September 2017 kami menghadiri satu kelas iaitu "Mechanic of Motion" yang dikendalikan oleh pensyarah kami yang begitu tampan dan berbadan sasa, Encik Ezwan Mokhtar selama 3 jam. Selama kami berada di dalam kelas ini Encik Ezwan telah membuat dua aktiviti iaitu yang pertama sekali ialah "Coil of Rope" dan kedua ialah "Miming.

      Aktiviti yang pertama sekali ialah "Coil of Rope". Aktiviti ini tidak memerlukan tali kapal, tali rafia, tali pancing dan lain lain. Aktiviti ini hanya memerlukan ahli kumpulan yang terdiri daripada 8 orang. Seramai 8 orang dalam sebuah ahli kumpulan kami diarahkan oleh Encik Ezwan untuk membuat bulatan yang sempurna dan kami juga perlu bayangkan yang kami sedang berada di atas tali yang begitu kukuh. Sambil berdiri di atas tali kami perlu menukarkan posisi tempat kami mengikut nama secara pantas. Masa yang ditetapkan ialah selama 2 minit sahaja. Untuk menjayakan aktiviti ini kami perlu bekerjasama supaya tidak seorang pun diantara kami yang jatuh dari tali tersebut. Aktiviti amatlah seronok kerana daripada aktiviti ini kami telah mendapat sesuatu iaitu nilai antaranya ialah kerjasama antara ahli, berfikiran secara pantas, bertolak ansur antara satu sama lain, sentiasa mengikut arahan dan banyak lagi. Aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kami.

     Selain itu, aktiviti yang kedua ialah "miming". Aktiviti ini  pula kami diarahkan oleh pensyarah  kami iaitu Encik Ezwan Mokhtar untuk mencari satu barang luar daripada kelas. Masa yang ditetapkan untuk mencari barang ialah 1 minit. Barang yang saya ambil ialah file. Ada diantara kami yang mengambil tayar, payung, tikar dan sebagainya. Selepas kami selesai mengambil barang kamipun masuk ke kelas. Kemudian, kami diarahkan untuk mencari pasangan untuk membuat satu lakonan tanpa dialog. Kami diberikan masa selama dua minit. Pasangan saya ialah Amirul. Pada mulanya kami tidak mempunyai idea kerana ini merupakan pengalaman kami untuk pertama kalinya dalam bidang perlakonan di hadapan khalayak ramai walaupun kelas kami takdelah begitu ramai. Tanpa membuang masa pembaca saya ingin menceritakan idea saya dan Amirul untuk ktiviti ini.

    Untuk aktiviti ini saya merupakan orang awam yang berpangkat yang sedang berteduh di perhentian bas. Pada ketika itu, Amirul sebagai seorang perempuan yang berupa cantik dan mempunyai bentuk badan yang begitu menawan datang berlari sambil membawa payungnya yang berwarna warni berteduh di perhentian bas itu. Ketika itu saya memerhati Amirul. Amirul pun perasanlah saya sedang memerhatinya dan Amirul pun malu sehinggakan barangnya terjatuh ke lantai. Dan di situ jugalah cinta antara mereka mula berputik. Untuk lebih menarik lagi saya telah mengupload sebuah video dan boleh lihatnya di bawah.

     Daripada aktiviti ini saya telah mendapat sesuatu iaitu kita mestilah berani dan yakin dalam melakukan sesuatu perkara.