Friday, 5 January 2018

MECHANIC OF MOTION (FINAL ASSIGNMENT)

     Pada 9 Disember 2017, ia merupakan kelas terakhir kami bersama Encik Ezwan. Sebelum kelas ini berakhir kami ditugaskan oleh Encik Ezwan untuk membuat sebuah cerita dan watak untuk dilakonkan pada hari kelas terakhir. Kami telah menggunakan semua aspek yang telah kami belajar semasa kelas Encik Ezwan. Kami juga telah dibahagikan beberapa kumpulan di mana setiap satu kumpulan itu terdiri daripada 4 orang ahli.

   Selain itu, setelah kami dibahagiakan kumpulan kami telah membuat sebuah cerita di mana kumpulana iaitu Mustaqim (saya), Asyraf, Luqman dan Aizat telah melakonkan sebuah cerita pada hari kelas terakhir tersebut. Ceritanya mengisahkan beberapa generasi telefon bimbit daripada zaman awal pengeluaran telefon pertama hinggalah ke telefon yang paling baharu dan lebih maju daripada telefon yang lain.

Ini adalah ahli kumpulan saya iaitu saya sebagai Iphone, Asyraf sebagai walkman, Aizat sebagai telefon brick dan Luqman sebagai 3310

Ahli kumpulan saya juga bergambar bersama Encik Ezwan untuk simpan sebagai sebuah kenangan

Selain itu, saya juga bergambar bersama rakan sekelas saya iaitu kumpulan A

     Daripada subjek ini saya telah belajar sesuatu iaitu saya tidak ada lagi perasaan malu untuk berhadapan dengan orang ramai dan menunjukkan bakat terpendam saya dihadapan orang ramai. 

Sekian terima kasih!